Info mengenai swiftlet, walit, walet  

Posted by Nazra~ in , , , ,


Tugasan hari ini mengenai dunia burung layang-layang. Dalam waktu mencari tersebut, ada banyak website yang boleh dilawati kerana info yang ada sangat menarik. Antaranya:

  1. Swiftlet Farming In Malaysia
  2. Rising investments in swiftlet farming boost Malaysia’s bird nest exports
  3. Budi Daya Trubus
  4. Nature’s Variety - Comparing Birds’ Nests


Semoga info ini membawa manfaat.

WinkWinkWinkWinkWink

Latihan Industri/Industrial Training 2009  

Posted by Nazra~ in ,

Ingin dimaklumkan bahawa Aeroswift Consultancy Sdn Bhd menawarkan tempat kepada para pelajar yang sedang mencari tempat untuk latihan industri.

Pelajar-pelajar bidang IT/Computer (1 kekosongan), Multimedia (1 kekosongan) dan Construction (4 kekosongan) boleh memohon dengan menghantar e-mel ke admin@aeroswift.net atau aeroswiftsb@gmail.com

Update : Kekosongan latihan industri di ACSB masih belum diisi.

Rumah burung di Kuala Berang  

Posted by Nazra~ in

Progress rumah burung layang-layang di Kuala Berang, Terengganu yang akan memasuki stage kedua.


Sarang burung walit  

Posted by Nazra~ in

Memetik ayat Hj. Che Awang Salleh (Kuala Terengganu) di dalam Bengkel Rumah Burung pada 2001,

Kini, sarang burung terbaik di Semenanjung Malaysia berasal dari Pantai Timur. Mungkin sumber makanan disana masih banyak dan jenis yang digemari. Hal ini harus diselidiki dengan lebih mendalam.


Dengan pembinaan projek rumah burung antara Aeroswift dan
PUSHPIAM
yang mana menyaksikan sambutan menggalakkan, diharapkan industri sarang burung layang-layang ini akan makin berkembang.

SmileSmileSmileSmileSmile

Rumah burung layang-layang  

Posted by Nazra~ in



Sila klik SINI untuk gambar penuh & besar.

Rumah Walit di Sg Tengas, Kulim, Kedah.

Harga sarang burung layang-layang  

Posted by Nazra~ in

Kalau dulu harga sarang burung ini antara RM5,000 hingga RM6,000 sekilogram tetapi kini harganya cuma RM1,700 hingga RM2,000 sekilogram.



Semua harus mengakui bahawa ekonomi global yang merundum, muram sekarang memberikan kesan kepada perkembangan harga sarang burung layang-layang. Seperti mana kita di Malaysia, rakyat China juga bergelut dengan keadaan ekonomi negara mereka.

Pemberitahuan  

Posted by ParkRain in



Ingin dimaklumkan bahawa seandainya anda mendapat atau melihat flyer seperti di atas, pihak Aeroswift Consultancy Sdn Bhd tidak terlibat secara langsung dengan penciptaan flyer tersebut. Flyer tersebut hanya dihasilkan oleh salah seorang investor projek rumah burung usahasama PUSHIAM dan Aeroswift Consultancy Sdn Bhd dan bukannya sebarang agen atau konsultan yang dilantik oleh Aeroswift Consultancy Sdn Bhd.

Ingin juga ditekankan bahawa segala hasil tuaian rumah burung dan pendapatan daripada sarang burung layang-layang adalah datang daripada rezeki Allah SWT.